KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail semalam mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menabur bakti selama 36 tahun, susulan persaraan wajibnya Januari ini.
Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, semalam, yang dihadiri pegawai kanan dan isteri masing-masing adalah simbolik penghormatan terakhir buat Aidi yang hadir ditemani isterinya, Datin Seri Raja Asaudat Raja Muda.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Majlis yang bermula pada 5 petang itu, diserikan dengan persembahan Pancaragam Pusat PDRM dengan Aidi diberi penghormatan memimpin persembahan, diikuti deklamasi sajak bertajuk 'Perwiraku' oleh Ketua JPJKK Melaka ACP Foo Chek Seng.
Menyingkap sejarah perkhidmatan Aidi dalam pasukan polis, anak jati kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989 sebagai Kadet ASP.
Beliau kemudiannya memegang pelbagai jawatan di Jabatan Logistik di Bukit Aman dan Kontinjen sebelum mengambil keputusan menyambung pengajian dalam Sarjana Sains (Operasi dan Pengurusan Rantaian Bekalan) di Liverpool University, United Kingdom pada 2003.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut diberikan amanah menggalas beberapa jawatan penting di jabatan sama termasuk sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur dari 2013 hingga 2015 dengan pangkat SAC.
Aidi kemudiannya kembali ke Jabatan Logistik dan Teknologi sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) pada 2015 dengan pangkat DCP sebelum mengetuai kontinjen Terengganu pada 2017 hingga 2020, seterusnya dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak bermula Februari 2020 hingga Februari 2022.
Pada 23 Feb 2023, Aidi dilantik sebagai Pengarah JPJKK bagi mengisi kekosongan Datuk Ramli Din yang bersara wajib.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Aidi (kiri) bersama isteri (dua, kiri) melambaikan tangan ketika menaiki kenderaan khas pada Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman di Pulapol, Kuala Lumpur, 29 Dis 2023. --fotoBERNAMA
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM
Anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989.
Pegawai Kor SUKSIS diingat sentiasa terap prinsip Rukun Negara
Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) diingatkan agar sentiasa menerapkan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.
Op Selamat 18: Jenayah pecah rumah seluruh negara berkurang
Ia mencatatkan penurunan dengan 350 kes berbanding Ops Selamat pada 2019 iaitu sebanyak 790 kes.
Mohd Azman memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak
Mohd Azman menggantikan Datuk Aidi Ismail yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
PDRM tambah anggota, pegawai di pintu sempadan negara mulai 1 April
Penambahan berkenaan dilakukan bagi mengawal penularan COVID-19 yang dikhuatiri boleh dibawa oleh pengembara.
Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu
Datuk Aidi Ismail hari ini menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.
1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail
Sejumlah 1,500 anggota PDRM di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.
Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah
Ketika anggota polis menghampiri kenderaan itu, pemandu yang merupakan lelaki berumur 24 tahun didapati sedang mengeluarkan selaras senjata api.
PRN Sarawak: 2,295 permit kempen diluluskan setakat ini - Polis
Polis Sarawak telah meluluskan 2,295 permit kempen kepada calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 dalam tempoh sejak hari penamaan calon 6 Dis lepas hingga semalam.
Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik
Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.